Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Pasukan Hoki UniKL tampil 5 muka baharu

  • Published in Sukan

BANGI - Pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menampilkan lima muka baharu bagi menghadapi Liga Perdana, Liga Hoki Malaysia TNB 2020.

Pemain veteran Kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin antara yang menyertai pasukan tersebut, selain tiga pemain skuad pembangunan iaitu Farhan Mohamad Zain, Krishanraj Singh Gill dan Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah.

UniKL turut mengumumkan pemain import baharu Roel Bovendeert dari Belanda.

Arul ditemui media pada Majlis menandatangani kontrak kesemua pemain baharu skuad UniKL di Bangi, Selangor.

UniKL masih mengekalkan khidmat tiga pemain import mereka musim lalu iaitu penjaga gol dari Ireland David Harte, serta dua pemain dari Australia, Timothy Deavin dan Kieran Govers.

Pemain seperti Kapten Marhan Mohd Jalil dan Muhamad Razie Abdul Rahim adalah antara enam pemain berpengalaman sedia ada yang turut dikekalkan dalam pasukan.