Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

KBS berhasrat bantu Hafizh Syahrin untuk saingan Moto2

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk membantu bekas pelumba Moto GP, Hafizh Syahrin dalam memastikan karier dalam saingan Moto2 bersama pasukan Angel Nieto berjalan lancar.

Ketika ini hanya pihak Litar Antarabangsa Sepang, SIC menjadi penaja buat Hafizh Syahrin dalam persediaan menghadapi musim baru 2020.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Hafizh Syahrin merupakan aset negara yang harus dibela kerana telah banyak membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Sebelum ini beliau telah membuat satu perjumpaan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin bagi membincangkan perkara tersebut.

Tambahnya lagi, jika isu berkenaan masih belum menemui kata putus, usaha seterusnya beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri sebelum dibawa ke kabinet.

Syed Saddiq ditemui media pada Majlis Amanat Tahun 2020 Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.