Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Arsenal Kembali Teratas Liga

London - Arsenal menang selesa 2-0 ke atas Aston Villa, sekali gus memotong Manchester City sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Selepas mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah Rabu lalu selepas menang 3-0 ke atas Olympiakos dengan Olivier Giroud meledak hatrik, sekali lagi penyerang Perancis itu menyinar untuk gol pertama menerusi penalti ke atas Aston Villa.

Aaron Ramsey pula menjaringkan gol kedua pada minit ke-38 bagi melengkapkan minggu cemerlang skuad kendalian Arsene Wanger itu.

Sementara itu, rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur selama 14 perlawanan berakhir apabila tewas 2-1 kepada Newcastle United.

Gol kemenangan Newcastle diperoleh menerusi jaringan lewat pemain gantian, Ayoze Perez pada minit ke-93.

Sebelum itu, Aleksandar Mitrovic menyamakan kedudukan pada minit ke-74 selepas Tottenham mendahului jaringan pada menerusi Eric Dier pada minit ke-39. 

Tottenham mempunyai peluang merapati Manchester United sekiranya menang ke atas Newcastle, namun keputusan itu menjadikan mereka kekal di tangga kelima liga. Gol kemenangan Newcastle diperoleh menerusi jaringan lewat pemain gantian, Ayoze Perez pada minit ke-93. Sebelum itu, Aleksandar Mitrovic menyamakan kedudukan pada minit ke-74 selepas Tottenham mendahului jaringan pada menerusi Eric Dier pada minit ke-39

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104862
Tottenham mempunyai peluang merapati Manchester United sekiranya menang ke atas Newcastle, namun keputusan itu menjadikan mereka kekal di tangga kelima liga. Gol kemenangan Newcastle diperoleh menerusi jaringan lewat pemain gantian, Ayoze Perez pada minit ke-93. Sebelum itu, Aleksandar Mitrovic menyamakan kedudukan pada minit ke-74 selepas Tottenham mendahului jaringan pada menerusi Eric Dier pada minit ke-39. - AFP