Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Hockademy sasar dua tempat terbaik dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2020

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR - Pasukan baharu Liga Hoki Malaysia, Hockademy meletakkan sasaran realistik pada penampilan sulung mereka dalam saingan musim 2020 yang akan membuka tirainya HARI INI.

Sehubungan itu, pemiliknya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berharap penyertaan pasukannya dalam saingan liga terulung negara itu dapat memberikan pendedahan secukupnya.

Menurut Megat, Hockademy yang berada di bawah naungan Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur menetapkan sasaran dua tempat terbaik bagi pasukan wanitanya manakala bagi skuad lelaki tidak diletakkan sebarang sasaran yang tinggi.

Sasaran tinggi untuk pasukan wanita Hockademy bersandarkan pada kejayaan mendapat khidmat enam pemain kebangsaan dan dua pemain import dari Australia.

Skuad lelaki akan membuka tirai menentang Maybank HARI INI, manakala wanita akan bertemu PKS Uniten pada Sabtu.

Kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.