Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2020 : 5 wakil negara berjaya pusingan pertama

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Lima wakil negara berjaya melepasi pusingan pertama Masters Malaysia yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Paling mencuri tumpuan Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang menundukkan naib juara dunia 2019, Anders Antonsen dari Denmark.

Laluan Zii Jia tidak mudah apabila dipaksa bermain sehingga 3 set untuk mengesahkan kemenangan 

Tewas pada set pertama dengan keputusan 4-21, Zii Jia berjaya bangkit dua set berikutnya dengan 21-15,21-8 untuk menutup keseluruhan perlawanan dengan 1 jam 6 minit.

Ini merupakan kemenangan pertama Zii Jia ke atas Antonsen dalam dua pertemuan sebelum ini

Pemain ranking ke-14 dunia itu akan berhadapan dengan Sameer Verma dari India bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan China, He Ji Ting-Du Yue 21-12, 21-19.

Mereka akan bertemu beregu campuran Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue untuk aksi pusingan kedua.