Wednesday, 15 July 2020

updated 11:53 AM UTC, Jul 15, 2020

Bot terbalik, satu mayat wanita PATI ditemui

  • Published in Nasional

JOHOR, 8 Julai - Perkembangan Operasi mencari tiga PATI hilang di Perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor selepas bot dinaiki terbalik, semalam. 

Mayat wanita ditemukan berhampiran Pelabuhan Tuas, pukul 12 tengah hari tadi dan disahkan sebagai salah seorang daripada 3 mangsa yang hilang.

Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat 2 lagi mangsa masih diteruskan.

Pencarian diperluas sehingga 80 batu nautika dari lokasi kejadian.

Semalam, bot membawa lima PATI termasuk seorang tekong terbalik selepas cuba melarikan diri daripada ditangkap.

Dua daripadanya termasuk tekong berjaya diselamatkan dan ditahan bagi membantu siasatan.