Logo

Fasiliti Kelab Bola Sepak JDT jadi penanda aras baharu bolasepak negara

JOHOR BAHRU, 8 Julai - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican kagum dan berbesar hati kali pertama berkesempatan melawat fasiliti bolasepak dengan penanda aras baharu, Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim.

Datuk Reezal Merican melawat pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan Stadium Sultan Ibrahim serta Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Beliau melihat sendiri reka bentuk Stadium Sultan Ibrahim yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang dan memiliki padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pusat Latihan Padang Seri Gelam pula dilengkapi pelbagai fasiliti sains sukan “state of the art".

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa bersedia dan memberi komitmen yang padu dalam membangunkan industri bola sepak negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.