Wednesday, 15 July 2020

updated 10:57 AM UTC, Jul 15, 2020

MAIWP sedia pelitup muka khas setiap murid di 79 TADIKA

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Pelitup muka khas akan disediakan untuk setiap murid di 79 TADIKA kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jelas Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, pihaknya komited mematuhi SOP yang disarankan KKM bagi setiap tadika Islam MAIWP di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Justeru, ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak-anak ke tadika bagi memulakan sesi pembelajaran.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan SOP di salah sebuah tadika Islam MAIWP di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Bagi memastikan jarak sosial dikekalkan, kehadiran murid ke tadika akan dijadualkan secara bergilir untuk meminimumkan jumlah murid di dalam kelas. 

.