Wednesday, 15 July 2020

updated 12:03 PM UTC, Jul 15, 2020

SOP pelaksanaan Persidangan Parlimen diluluskan

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 7 Julai - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Persidangan Parlimen.

Ini dengan mengambil kira kebiasaan baharu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 13 Julai hingga 27 Ogos 2020.

Manakala Dewan Negara pula akan bersidang selama 11 hari bermula 2 September hingga 23 September 2020.

Menerusi kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, antara SOP yang dipersetujui adalah pemakaian pelitup muka, penyediaan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer serta penjarakan sosial satu meter membabitkan tempat duduk semasa persidangan berlangsung.

Semua yang terlibat termasuk ahli parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MYSejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

Hanya ahli parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen.