Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

UiTM FC tewas kepda Kuala Lumpur, peluang Frank Bernhardt perbaiki pasukan sebelum liga bermula

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Perkembangan bola sepak.

Baru sahaja diumumkan sebagai Ketua jurulatih baharu UiTM FC petang semalam, Frank Bernhardt terpaksa menelan kekalahan awal apabila tewas 1-3 kepada pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur dalam perlawanan persahabatan malam tadi.

Tetapi ia merupakan perkara positif apabila pengendali Jerman itu mempunyai lebih tempoh untuk memperkuatkan The Lions menjelang sepak mula Liga Super, penghujung februari depan.

Kuala Lumpur FA membuka jaringan menerusi sepakan penalti seawal minit ke 24 oleh pemain import tengah Paulo Josue.

The Hawks tidak menunggu lama untuk memperoleh gol kedua selepas pemain penyerang, Kone menanduk masuk gol hasil daripada sepakan percuma pada minit ke 34.

Separuh masa kedua, UiTM FC cuba untuk mendapatkan gol awal dengan melakukan serangan pantas, namun kelemahan hantaran menggagalkan usaha mereka memperolehi gol.

Kelemahan tersebut dihukum sekali lagi oleh Kuala Lumpur FA selepas Paulo Josue menjaringkan gol ketiga pada minit ke 76 menerusi sepakan cantik luar kotak penalti

UiTM akhirnya memperoleh gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Muhamad Arif Mohamed Anwar.