Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

81 pemain dari 24 negara sudah mengesahkan penyertaan mereka ke Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020

  • Published in Sukan

81 pemain dari 24 negara sudah mengesahkan penyertaan mereka ke Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang bermula minggu depan.

Pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota antara yang terawal mengesahkan kehadiran.

Kejohanan turut menarik minat pemain terkemuka negara tembok besar China, Shi Yu Qi dan Chen Long...selain pemenang pingat emas Olimpik 2012 dan 2008, Lin Dan.

Tidak ketinggalan pemain perseorangan lelaki Taipei, Chou Tien Chen dan dua jaguh Indonesia; Jonatan Christie serta Anthony Sinisuka.

Pemain tinggi lampai dari Denmark; Viktor Axelsen dan Anders Antonsen turut mewarnai kejohanan kali ini.

Sementara itu Malaysia mempertaruhkan Lee Zii Jia, Liew Daren, Soon Joo Ven, Chem June Wei dan pemain profesional negara Iskandar Zulkarnain.

Bagi kategori wanita, jaguh Taipie Tai Tzu Ying sudah pasti tidak memberi laluan mudah kepada pemain ranking kedua dunia Nozomi Okuhara dan ratu tangkis India, Pusarla Sindhu dan serta Chen Yu fei dari China.

Pemain wanita tempatan yang bakal beraksi ialah Soniaa Cheah, Goh Jin Wei, Lee Ying Ying dan pemenang emas Sukan Sea Filipina, S. Kisona

Semua pemain sedang giat memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.