Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Liverpool terus bertahta di tangga teratas dengan rekod tanpa kalah selepas 20 perlawanan

  • Published in Sukan

LONDON - Pendahulu liga, Liverpool terus bertahta di tangga teratas dengan rekod tanpa kalah selepas 20 perlawanan.

Sheffield United menjadi mangsa terbaru kelab gergasi tersebut setelah tewas 0-2.

Penyerang antarabangsa Liverpool kelahiran Mesir
Mohamed Salah membuka tirai jaringan seawal minit ke empat untuk gol pertama.

Sadio Mané menghukum pertahanan Sheffield dengan jaringan kedua pada minit ke-64, selepas percubaan pertama gagal ditangkap kemas penjaga gol Sheffield, Dean Henderson

Juara Eropah 2018 itu kini mengumpul 58 mata daripada 20 perlawanan manakala Sheffield berada pada kedudukan ke lapan