Wednesday, 15 July 2020

updated 10:32 AM UTC, Jul 15, 2020

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Labuan gabung elemen fizikal,Digital

  • Published in Berita Semasa

 

LABUAN, 5 Julai - Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Labuan akan disambut dengan norma baharu menerusi pelaksanaan program secara dalam talian (Digital).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelancaran kempen peringkat Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, pelancaran itu akan menggabungkan dua elemen fizikal dan digital.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan memaklumkan kempen kibar bendera itu bakal diselitkan dengan Kempen Rukun Negara, menerusi program “Info On Wheel” (IOW) Jabatan Penerangan Labuan.

Sebanyak 3,000 bendera Jalur Gemilang akan diedarkan di 27 buah kampung bagi memeriahkan sambutan.