Logo

KBS luluskan 2 pembinaan gelanggang silat dan futsal di Chini

PEKAN, 2 Julai - Kementerian Belia dan Sukan, KBS meluluskan dua permohonan pembinaan sebuah gelanggang silat dan futsal di Chini untuk kemudahan riadah golongan belia.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, lokasi itu memerlukan prasarana sedemikian, selain melahirkan atlet berkaitan yang bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dan bersarapan bersama pemimpin belia tempatan serta atlet silat negara di Paloh Hilai, Pekan.

Atlet Silat negara, Mohd Hazim Amzad berasal dari Felda Chini Timur 3 telah meraih pelbagai pingat dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan penganjuran latihan penuh acara sukan secara sentuhan yang akan dikemukakan dalam Mesyuarat Khas Menteri Menteri mengenai PKP minggu depan, Datuk Seri Reezal Merican berkata, ia akan turut melibatkan kebenaran untuk kejohanan sukan individu tanpa penonton.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pembukaan sektor sukan dan rekreasi Fasa 2 bermula 15 Jun lalu, selain kebenaran untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi tanpa sentuhan di fasiliti tertutup dan terbuka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.