Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 21, 2018

Terbuka Australia - Federer Jumpa Djokovic Di Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Melbourne - Saingan separuh akhir, kembali menemukan Novak Djokovic dengan Roger Federer. 

Kedua-duanya mempunyai peluang seimbang dengan masing-masing menang 22 kali dalam 49 pertemuan. 

Federer mara dengan menyingkirkan pemain Republik Czech, Tomas Berdych. 

Manakala juara bertahan, Djokovic, memusnahkan impian pemain Jepun Kei Nishikori untuk menjulang trofi pertamanya di Melbourne. 

Selepas bertarung selama dua jam tujuh minit Djokovic berjaya mengesahkan tiketnya ke separuh akhir dengan menumpaskan Nishikori 6-3, 6-2, 6-4 untuk berdepan Federer buat kali 45. 

Roger Federer pula tidak berdepan masalah ketika mengalahkan Tomas Berdych straight set untuk melangkah ke saingan separuh akhir kali ke 12 di Melbourne.