Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Piala Monsoon - Hazwan Hazim Lakar Kejutan

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Pelayar negara, Hazwan Hazim Dermawan bersama pasukan HazOne Racing Team melakar kejutan apabila berjaya mencatat 1 kemenangan menewaskan pelayar ranking ke 5 dunia, Keith Swinton dari pasukan Black Swan Racing. 

Namun kedudukan carta keseluruhan setelah 3 flight diungguli juara dunia 5 kali, Ian Williams dari pasukan GAC Pindar dengan 3 mata. 

Turun beraksi di sebelah pagi dengan kapal Hotel Jen, HazOne menentang skipper dari Sweden, Keith Swinton dalam perlumbaan pertama. 

Sambil dibantu angin berkelajuan 11 knot, Hazwan bersama 4 kru lain nyata tidak gugup untuk sampai terlebih dahulu ke garisan penamat berkelebihan 0.16 saat. 

Walaubagaimanapun, skipper kelahiran Johor ini kemudian tunduk kepada juara musim lalu Williams dan Phil Robertson pasukan  WAKA Racing. 

Sementara itu, juara bertahan, Ian Williams dari pasukan GAC Pindar mendahului senarai hari pertama. 

Williams cemerlang memungut 3 mata kemenangan selepas menewaskan Robertson, Hazwan dan Johnie Berntsson. 

Williams kini unggul dengan 3 mata  diikuti Phil Robertson 2 mata dan Johnie Berntsson ketiga 2 mata. 

Hazwan di kedudukan keempat dengan 1 mata. 

Cabaran hari pertama berakhir disebelah petang selepas terpaksa ditunda akibat ketiadaan angin dan hujan lebat.