Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Status Rekod Badrul Akan Diketahui Hari Ini

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Status rekod 100 meter yang dicatat pelari muda Badrul Hisyam Abdul Manap di Brunei, November tahun lalu akan diketahui hari ini.

Jika rekod 10.29 saat dicatatnya gagal memperbaharui rekod kebangsaan  milik The Flying Dayak, Watson Nyambek, Badrul dinasihatkan supaya menerimanya dengan positif. 

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan membuat keputusan sama ada rekod 100 meter yang berjaya dipecahkan oleh Badrul Hisyam di Brunei sah atau kekal milik Watson Nyambek dalam satu mesyuarat khas hari ini. 

November lalu, atlet dari Melaka itu berjaya melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek dengan catatan 10.29 saat iaitu 0.01 saat lebih pantas daripada rekod lama pada Kejohanan Sukan Sekolah Asean 2015 di Brunei. 

Namun, ia bertukar menjadi kontroversi apabila ada yang mepersoalkan catatan tersebut tidak sah berikutan penganjuran Kejohanan Sekolah Asean di Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa.