Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 9:40 AM UTC, Oct 17, 2017

Mohd Hafifi Digantung Sementara Kerana Kesalahan Doping

KUALA LUMPUR - Atlet Olimpik negara, Mohd Hafifi Mansor, digantung sementara oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kerana gagal ujian doping.

Badan angkat berat dunia itu menyatakan penggantungan dibuat selepas dapatan analisis memudaratkan sampel air kencing yang dikembalikan oleh atlet itu mengandungi Oxymetholone, bahan steroid sintetik anabolik dan androgenik.

Penggantungan sementara pemenang emas Sukan Komanwel 2014 itu turut disahkan Timbalan Pengarah Agensi Antidoping Malaysia, S. Nishel Kumar.

 

Sumber : BERNAMA