Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Nadal Dan Federer Mara Ke Suku Akhir Di Kejohanan Tenis Shanghai Masters

SHANGHAI - Pilihan utama, Rafael Nadal berjaya mara ke suku akhir Tenis Shanghai Masters apabila mendominasi perlawanan pusingan ketiga, ketika bertemu pemain Itali, Fabio Fognini.

Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menamatkan set pertama perlawanan.
dengan 6-3, 6-1.

Pada pusingan suku akhir nanti, Nadal bakal bertemu pilihan keenam Grigor Dimitrov, yang sedang berusaha untuk menempah tiket pada Jelajah Akhir ATP 2017 di London. 

Turut mara ke suku akhir adalah Roger Federer yang menjinakkan Alexandr Dolgopolov dalam straight set.

Federer belum pernah tewas terhadap pemain kelahiran Ukraine, Dolgopolov dalam empat pertemuan mereka sebelum ini dan menang dengan 6-4, 6-2.

Lawan Federer pada suku akhir nanti ialah Richard Gasquet.

(Sumber - Dalet Beritartm)