Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Hatrik Dari Messi Bolehkan Argentina Layak Ke Piala Dunia 2018

QUITO - Lionel Messi menjaringkan hatrik hebat ketika pasukan Argentina datang dari belakang untuk menang 3 - 1 di Ecuador dan layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Tuan rumah, Ecuador mendahului selepas 38 saat melalui gol Romario Ibarra - gol tercepat dalam kualifikasi Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, Argentina, dengan Messi dalam keadaan cemerlang menyamakan kedudukan selepas minit ke-12.

Gol keduanya dijaringkan lapan minit kemudian dengan sepakan kuat dari pinggir kawasan sebelum gol solo yang baik pada babak kedua menyempurnakan kemenangan 3 - 1.

(Sumber - AFP)