Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Venus Williams Akan Kembali Beraksi

SYDNEY - Venus Williams akan kembali beraksi dalam kejohanan Antarabangsa Sydney pada Januari tahun depan selepas 20 tahun tidak menyertainya. 

Pemain veteran Amerika Syarikat berusia 37 tahun itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan memperlahankan karier tenisnya. 

Malah, turut mencatat beberapa kejayaan pada tahun ini termasuk menjadi finalis Wimbledon dan Terbuka Australia serta mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.   

Pada masa ini, Venus juga merupakan pemain kelima terbaik dunia.

 

Sumber : AFP