Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Temasya Paralimpik Tokyo: Nur Syaiful mahu lakukan kejutan di Jepun

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Atlet renang para Muhammad Nur Syaiful Zulkafli teruja untuk beraksi buat kali pertama di temasya Paralimpik apalagi layak dalam empat acara kategori S5.

Jika sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, mereka hanya menjalani latihan ringan di rumah, panggilan ke kem latihan pusat Road To Tokyo RTT menambah keterujaan atlet kelahiran Sarawak itu.

Muhammad Nur Syaiful layak secara merit dalam empat acara ke Tokyo 2020 masing-masing menerusi acara 50 meter gaya bebas, 100 meter gaya bebas, 200 meter gaya bebas dan 100 meter kuak dada.

Beliau turut akui latihan intensif di kem RTT agak memenatkan dalam minggu pertama sehingga menyebabkan dirinya mengalami sakit otot namun semakin selesa menyesuaikan diri.

Paralimpik Tokyo 2020 bakal menjadi temasya paralimpik sulung buatnya dan tekad untuk menghasilkan kejutan kelak.

Namun ujarnya kelibat perenang para dari China dan Brazil perlu diawasi kerana mereka adalah antara yang terbaik di kolam renang pentas antarabangsa.