Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Ronaldo, Neymar, Messi Disenarai Untuk Anugerah Ballon d'Or

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar, antara 30 pemain yang disenarai pendek untuk anugerah Ballon d'Or yang diumumkan majalah France Football.

Ronaldo adalah calon pilihan untuk mengekalkan trofi berkenaan, sekali gus menyamai rekod seteru utamanya, Messi yang memenangi gelaran tersebut sebanyak 5 kali.

Turut tersenarai - 6 pemain Liga Perdana Inggeris iaitu penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane; pemain Liverpool, Philippe Coutinho dan Sadio Mane; David de Gea daripada Manchester United; N'Golo Kante daripada Chelsea; serta Kevin De Bruyne daripada Manchester City.

 

Sumber : AFP