Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tenis Terbuka China : Rafael Nadal Muncul Juara

BEIJING - Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Rafael Nadal muncul juara setelah dengan mudah menundukkan Nick Kyrgios 6-2, 6-1.

Ini merupakan kejuaraan keenam Nadal musim ini.

Sementara itu, Simona Halep yang baru sahaja ditabalkan sebagai pemain perseorangan wanita nombor satu dunia tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan, Caroline Garcia.

Garcia yang menjuarai Terbuka Wuhan minggu lepas menang 6-4, 7-6.

 

Sumber : AFP