Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pertubuhan Taekwondo Sepakat, Buka Peluang Sama Rata Cari Atlet Berkualiti

KUALA LUMPUR - Semua pertubuhan taekwondo sepakat dan membuka peluang sama rata untuk mencari atlet-atlet yang benar-benar berkualiti mewakili negara dalam kejohanan besar antarabangsa.

Naib Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia, Peter Kang Teong Kheng berkata ia bukan sahaja boleh menyatukan semua Persatuan Taekwondo Malaysia tetapi juga dapat memastikan pemilihan dijalan dengan lebih teliti dan memastikan yang terbaik dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kejohanan Taekwondo Terbuka Malaysia di ibu negara.

Menurutnya MTA sering bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk memastikan Malaysia terus subur dengan pembangunan di peringkat bawahan justeru kesinambungan itu penting agar bakat itu tidak berkubur begitu sahaja.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ko kurikulum dan kesenian, Kementerian Pendidikan, Mohd Rashid Mean berkata pihaknya sentiasa menyokong sukan seperti taekwondo yang merupakan tiket untuk menyokong kemasukan ke universiti awam.

Dalam pada itu atlet dari Kelab Taekwondo Jambi Indonesia, Farel Patra Syaifullah muncul juara pertama tali pinggang kejuaraan kategori bantam weight selepas mudah menumpaskan C.Yugan dari Kelab Taekwondo Pulau Pinang Malaysia.

(Sumber - Dalet Beritartm)