Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Robert Lewandowski Rekod Jaringan Terbanyak

Robert Lewandowski melakar rekod jaringan terbanyak skuad kebangsaan Poland.

Hattrick ketika membantu negaranya membenam Armenia 6-1 membolehkan Lewandowski mengumpul keseluruhan 50 gol, mengatasi rekod 48 gol oleh Wlodzimierz Lubanski.

Penyerang Bayern Munich itu turut memecah rekod penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bagi jaringan terbanyak pada saingan kelayakan Piala Dunia.

Lewandowski menyumbat 15 bagi saingan kali ini, setakat ini, satu gol lebih daripada catatan Ronaldo, Ogos lalu. 

 

Sumber : AFP