Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tenis : Maria Sharapova Tersingkir Di Pusingan Ketiga

BEIJING - Tenis Terbuka China, Juara Grand Slam lima kali, Maria Sharapova tersingkir di pusingan ketiga. 

Bintang Rusia itu tumpas 2-6, 2-6 kepada pemain nombor DUA dunia, Simona Halep dari Romania. 

Ini kali pertama Halep menewaskan Sharapova dalam LAPAN pertemuan mereka. 

Di suku akhir nanti, Halep akan menentang rakan senegara Sharapova, Daria Kasatkina yang mengalahkan pilihan ke-11, Agnieszka Radwanska dari Poland, 4-6, 7-5, 6-2 . 

 

Sumber : AFP