Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Skuad Wushu Negara Tambah Lagi Satu Pingat Emas

KUALA LUMPUR - Skuad wushu negara menambah satu lagi pingat emas untuk menamatkan kempen pada Kejohanan Dunia ke-14 di Kazan, Rusia.

Trio wanita - Phoon Eyin, Loh Ying Ting dan Tan Cheong Min - menghadiahkan emas kedua negara dalam acara Duilian selepas mengutip 9.46 mata.

Gandingan Amerika Syarikat, Lucy Lee dan Mia Tian merangkul pingat perak.

Manakala, Macau memperoleh pingat gangsa menerusi gandingan Li Yi dan Sou Cho Man.

Isnin lalu, Malaysia memperoleh emas pertama menerusi Wong Wng Son dalam acara jianshu lelaki.

Malaysia muncul pasukan keempat terbaik dengan dua emas, tiga perak dan tiga gangsa. Manakala, China muncul juara keseluruhan dengan lapan emas.

 

Sumber : BERNAMA