Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

FIFA Denda Gabon, Nigeria, Congo, Mali Dan Zambia

JOHANNESBURG - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman ke atas Gabon, Nigeria, Republik Demokrasi Congo, Mali dan Zambia susulan kesalahan yang dilakukan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, bulan lalu. 

Menurut FIFA Gabon dikenakan hukuman mandatori yang menyaksikan lawan mereka Ivory Coast diberikan kemenangan percuma 3-0 kerana menurunkan pemain yang masih digantung. 

Nigeria didenda 30,000 dolar, Congo pula perlu membayar 20,000 dolar dan Mali didenda 15,000 dolar.

Ia selepas penyokong mereka membaling objek ke dalam padang.

 

Sumber : AFP