Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

F1 Malaysia - Max Verstappen Muncul Juara

SEPANG - Pemandu Red Bull, Max Verstappen mempamerkan pemanduan menakjubkan apabila muncul juara Formula Satu F1, GP Malaysia. 

Kejayaan itu dianggap paling sempurna dalam kariernya musim ini.

Max Verstappen juga adalah kejayaan pertama bagi pelumba dari Belanda itu dalam Formula One untuk musim ini.

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576saat, manakala pelumba AMG Petronas, Lewis Hamilton sekadar tempat kedua dengan masa 1jam 36.932 saat.

Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di litar ini tahun lalu Daniel Riciarddo ditempat ketiga dengan catatan 1 jam 36.589 saat.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel pula bangkit dari petak belakang untuk sekadar menduduki tempat keempat dengan 1 jam 41.345 saat.

Kali terakhir bagi Max Verstappen muncul juara adalah pada GP Sepanyol, Mei tahun lalu. 

(Sumber - Dalet Bernama)