Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

F1 Malaysia - Sebastian Vettel Catatkan Masa Terpantas Semalam

SEPANG - Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia.

Latihan pusingan kedua di litar Sepang semalam menyaksikan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mencatatkan masa terpantas.

Beliau mendahului 0.604 saat dihadapan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen.

Tempat ketiga dan keempat dimonopoli pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen.

Vettel, yang mengalami kemalangan dalam perlumbaan di Singapura dua minggu lalu, ketinggalan 28 mata dibelakang juara dunia tiga kali Lewis Hamilton dengan enam lagi perlumbaan.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Hamilton pada sesi latihan semalam apabila beliau yang ditempatkan pada giliran tujuh, tergelincir ke luar trek.

Pemandu Haas, Romain Grosjean turut berdepan detik mencemaskan apabila jentera yang dipandu beliau terbabas selepas melanggari penutup saluran air di litar berkenaan.

Beliau bagaimanapun, terselamat daripada sebarang kecederaan.


(Sumber - Dalet Beritartm)