Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

AFC Tangguhkan Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 Antara Malaysia Dengan Korea Utara

KUALA LUMPUR - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menangguhkan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dengan Korea Utara yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober ini di Pyongyang.

Penangguhan itu dibuat susulan arahan kerajaan Malaysia yang melarang rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Korea Utara berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan AFC, tarikh baharu perlawanan tersebut akan diumumkan kemudian.

Ini merupakan penangguhan ketiga perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara.

Jadual asal perlawanan sepatutnya pada 28 Mac lalu namun ditunda kepada 8 Jun susulan ketegangan hubungan diplomatik, ekoran kes bunuh Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2 ) pada 13 Februari lalu.

Perlawanan itu kemudiannya ditunda 5 Oktober, sebelum perlawanan menentang Hong Kong pada 10 Oktober.

(Sumber - Dalet Beritartm)