Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Skuad olahraga dijadual mula latihan 1 Julai

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Skuad olahraga kebangsaan dijangka mula menjalani latihan pada 1 Julai di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk SM Muthu menjelaskan, jika cadangan itu mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara, latihan pusat dapat dijalankan namun tanpa kehadiran jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong.

Hujung Mei lalu, Jackie dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih dua bulan dirawat di Hospital Sibu, Sarawak kerana disahkan positif COVID-19.

Buat masa ini, fasiliti di Bukit Jalil hanya dibuka kepada atlet di bawah program 'Road to Tokyo' sehingga kem latihan khas itu tamat pada 30 Jun ini.

Pasukan olahraga kebangsaan dibarisi kira-kira 50 atlet termasuk atlet elit dan dan pelapis.

Rata-rata mereka mengikuti latihan di Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.