Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Super - Perak 1 P. Pinang 0, Sarawak FA 4 Kedah FA 2 Dan Pahang 1 T-Team 0

KUALA LUMPUR - Perlawanan Liga Super, Perak meraih tiga mata penuh apabila menang 1-0 ke atas Pulau Pinang. di Stadium Perak semalam.

Jaringan tunggal tuan rumah diperoleh pada minit ke-24 menerusi Mohd Nizad Ayub selepas berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol.

Pasukan Sarawak FA pula menghidupkan peluang keluar daripada zon penyingkiran setelah menewaskan Kedah FA 4-2 pada aksi di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Empat gol Sarawak dijaringkan oleh Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-53, Mateo Roskam (sepakan penalti pada minit ke-58 dan gol padang minit ke-64) dan Mohd Hairol Mokhtar pada minit ke-76.

Sementara di Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu menyaksikan tuan rumah T-Team berputih mata apabila tewas ditangan Pahang satu gol kosong.

(Sumber - Dalet Beritartm)