Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Tan Sri Annuar sedia bertemu persatuan hadapi masalah penggunaan kemudahan sukan DBKL

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 17 Jun - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bersedia bertemu dengan persatuan sukan berkenaan untuk mencari penyelesaian menerusi perbincangan bagi persatuan yang menghadapi isu atau masalah seperti penggunaan fasiliti sukan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau menjawab pertanyaan berikutan laporan bahawa Persatuan Hoki Kuala Lumpur perlu mengosongkan Stadium Hoki Kuala Lumpur, manakala Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur tidak tahu jika mereka boleh terus kekal di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, selepas kontrak sedia ada tamat pada awal tahun depan.

Manakala Persatuan Badminton Kuala Lumpur pula meminta DBKL mempercepat pembinaan stadium baharu, selepas Stadium Badminton Kuala Lumpur dirobohkan untuk pembangunan pada 2017.

Beliau ditemui selepas majlis pertukaran dokumen dan penyampaian insentif sukan Wilayah Persekutuan di Putrajaya.