Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Tenis Terbuka Australia - Zhang Shuai Tewaskan Madison Keys

Melbourne - Pemain dari pusingan kelayakan, Zhang Shuai bangkit daripada kekalahan sebelum mengatasi pemain Amerika Syarikat, Madison Keys dalam aksi 3 set. 

Zhang tewas 3-6 diset pertama sebelum bangkit melawan di dua set berikutnya untuk menang 6-3 dan 6-3. 

Keys yang juga pilihan ke-15 kejohanan gagal beraksi baik akibat mengalami kecederaan kaki kiri dan meminta dirawat ketika perlawanan. 

Kemenangan ini memberikan Zhang tempat ke suku akhir untuk bertemu pemain Britain, Johanna Konta.