Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Kebenaran atlet bertanding di luar negara belum dapat keputusan daripada KBS dan MKN

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 17 Jun - Belum ada keputusan mengenai kebenaran untuk atlet kebangsaan menyertai kejohanan di luar negara.

Perkara berkenaan dinyatakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai perkara tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara terlebih dahulu.

Beliau ditemui selepas majlis pertukaran dokumen dan penyampaian insentif sukan Wilayah Persekutuan di Putrajaya.