Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Sukan Para ASEAN Ke-9, Malaysia Tambah 3 Pingat Emas Dalam Acara Renang

KUALA LUMPUR - Hari kelima, Sukan Para Asean 2017 ke-9, acara renang - Malaysia menambah tiga lagi pingat emas pagi tadi, untuk mengumpul 9 emas keseluruhan.

Pingat emas pertama diraih Anderson Jamba, 30 tahun , dalam acara 150 meter rampaian individu SM4.

Hanya dua perenang bertanding acara ini.

Anderson terbukti terlalu hebat buat pesaingnya, Wongnonthaphum Napat dari Thailand.

Catatan masa 3 minit 22.21 saat, rekod baharu Malaysia, memadamkan rekod Wong Chee Kin, 3 minit 49.01 saat pada sukan para Asean Manila 2005.

Anderson kemudiannya menyumbang emas kedua menerusi acara 50 meter kuak lentang S4 dengan catatan masa 52.06 saat.

Fraidden Dawan turut menghadiahkan satu lagi emas buat kontinjen negara dalam acara 200 meter rampaian individu S10.

Fraidden mencatat masa 2 minit 30.67 saat, 10 saat meninggalkan pencabar terdekat, Aung Phone dari Myanmar.

Catatan masa ini juga berjaya memperbaharui rekod kejohanan, 2 minit 32.46 saat yang diciptanya di Indonesia, 2011.


(Sumber - Dalet Beritartm)