Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

KBS bantu tingkat kemahiran belia dalam bidang pertanian

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 16 Jun - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang membuka ruang lebih luas untuk belia mengusahakan pertanian nilai tinggi di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) terpilih.

Ia akan memanfaatkan belia yang terkesan akibat COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan, KBS juga bersedia membantu belia menggunakan kemudahan hab pemprosesan makanan zon utara yang terletak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah.

Perbincangan turut diadakan bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menjurus kepada inisiatif-inisiatif berdasarkan minat dan kehendak belia serta adaptasi teknologi baharu yang boleh dimainkan oleh belia secara keseluruhan.

Ini termasuk rantaian ekonomi berkaitan sektor pertanian dan industri makanan.

Program sedia ada iaitu Program Agropreneur Muda adalah produk tumpuan dalam kalangan belia akan diberi nafas baharu dengan penglibatan KBS secara aktif.