Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Jurgen Klopp Beri Amaran Kepada Pemain

  • Published in Sukan

Menjelang separuh akhir Piala Liga Inggeris, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberikan amaran kepada pemain bintangnya agar mencatat kemenangan untuk mara ke perlawanan akhir. 

Sebelum itu, The Reds perlu mengatasi Stoke dalam aksi separuh akhir kedua awal pagi esok. 

Aksi separuh akhir kedua menentang Stoke di Anfield sangat penting kerana inilah peluang buat Liverpool meraih kejuaraan pertama musim ini. 

Klopp menambah, penting untuk pasukannya mara ke final dan mengambil peluang muncul juara kerana itulah sasaran yang diletakkankepada pemain. 

Untuk itu, pemain Liverpool sudah bersedia untuk mengatasi Stoke dengan apa cara sekalipun kerana pemain begitu inginkan aksi final. 

Dalam aksi separuh akhir pertama, Liverpool mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Stoke di Britannia. 

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Everton ataupun Manchester City dalam perlawanan akhir di Wembley bulan depan.