Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

JDT Julang Trofi Piala Liga Super Baharu

 

JOHOR BAHRU - Selepas 13 tahun, peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan Piala Liga Super yang baharu.

Ini menjadikan juara musim ini, Johor Darul Takzim, JDT muncul pasukan pertama menjulang piala tersebut, yang akan disampaikan malam ini selepas perlawanan menentang Kelantan di Larkin.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, trofi berkenaan direka khas oleh tukang emas mahir Diraja Johor dihasilkan melalui gabungan tiga elemen utama iaitu tembaga, perak dan emas tulen 24 karat.

Piala tersebut seberat 20 kilogram dengan ketinggian 63.3 sentimeter dan berdiameter 25.2 sentimer untuk bahagian tapak berkonsepkan futuristik dan elegan.

Simboliknya piala itu melambangkan 12 pasukan bakal merebut piala paling berprestij untuk melayakkan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Piala yang dianggarkan lebih RM150,000 itu dirasmikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam di Hotel Thistle, Johor Bahru selepas 13 tahun diperkenalkan, pada 2004.

 

Sumber : DALET BERITARTM