Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Sukan Para ASEAN 2017 - Malaysia Sapu Bersih Emas Acara Basikal Trek

NILAI - Dalam acara basikal trek, kategori 3 kilometer kejar mengejar campuran c1, c2, c3 pula menyaksikan atlet negara menyapu semua pingat yang dipertandingkan.

Emas dirangkul Shukor Farhan Sulaiman dengan masa 4 minit 06.204 saat , perak milik Muhd Nabil Rosli 4 minit 48.871 saat dan gangsa milik Nurfaizah Aziz 4 minit 58.898 saat.

4 kilometer kejar mengejar individu lelaki C4 juga dikuasai pelumba negara apabila Mohd Najib Turano melakukan kayuhan terpantas 5 minit 10.010 saat untuk raih emas.

Gangsa juga milik wakil negara Mohd Hafiz Jamali, perak Indonesia.

Emas terakhir yang disumbang dari acara trek, menerusi kategori 4 kilometer kejar mengejar individu lelaki C5.

Zuhairie Ahmad Tarmizi melakukan henjutan 5 minit 06.968 saat untuk pertama tiba di garisan penamat diikuti atlet Filipina, Arthus Eustaquio Bucay pingat perak manakala atlet Indonesia gangsa.

(Sumber - Dalet Beritartm)