Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Manchester United Tumpaskan Everton 4-0

OLD TRAFFORD - Manchester United berpesta gol apabila menumpaskan Everton 4-0 di Old Trafford.  

Pengendali MU, Jose Mourinho menyifatkan prestasi anak buahnya malam tadi, terbaik dalam lima perlawanan setakat ini.  

Bekas bintang pasukan pelawat yang baru menyertai MU musim ini, Romelu Lukaku paling menyerlah kerana bukan sahaja menyumbang satu gol, malah turut mencipta satu lagi gol.  

Kemenangan itu menyaksikan MU melonjak ke tangga kedua liga, berkongsi 13-mata dengan pendahulu, Manchester City.

 

Sumber : AFP