Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Badminton Siri Super Terbuka Korea-Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

SEOUL - Pasangan beregu campuran negara mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Ha Na pada perlawanan yang berlangsung di SK Handball Stadium, Korea Selatan.
Chan Peng Soon - Cheah Yee See menang 13 -21, 21-10, 21-18 dalam masa satu jam 12 minit.

Mereka akan bertemu gandingan sama ada dari China, Wang Yilyu - Huang Dongping atau gandingan dari Jepun Yuki Kaneko - Koharu Yonemoto di separuh akhir.

Sementara itu pemenang pingat Perak di Sukan SEA KL2017, Goh Soh Huat - Shevon Jemie Lai tewas kepada gandingan Marvin Emil Seidel-Linda Efler dari Jerman dengan 18-21, 21-13, 21-18 selepas bertarung hampir satu jam.

(Sumber -Dalet Beritartm)