Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Cungkil Bakat Sukan - Khairy

SEREMBAN - Sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas merupakan platform terbaik untuk mengesan serta membentuk bakat sukan dari peringkat kanak-kanak seawal usia empat tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas juga selari dengan Dasar Pendidikan Negara apabila setiap kanak-kanak diberi peluang sama rata untuk menonjolkan kebolehan diri masing-masing supaya dapat digilap ke peringkat yang lebih tinggi.

"Pertandingan sebegini pastinya menguji dan membangunkan nilai sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani kanak-kanak apabila mereka dapat mengecapi kemenangan, ataupun merasai kekalahan dalam setiap persaingan.

"Kesemua acara ini juga bertujuan melahirkan individu-individu yang berjiwa kental, berdaya saing, bertoleransi, berinovatif dan kreatif, dan ini amat penting dalam pembangunan modal insan," katanya.

 

Sumber : BERNAMA