Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

PKPP:PLUS jangka peningkatan kenderaan 10-15 peratus

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 9 Jun - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di antara 10 hingga 15% apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail, kenaikan itu dijangka bermula pada minggu pertama PKPP iaitu pada 12, 13 dan 14 Jun.

Dalam satu kenyataan, aliran trafik PLUS telah mencatat penurunan yang drastik ketika fasa pertama PKP 18 Mac lalu.

Namun sejak bermula PKPB, jumlah trafik harian di lebuhraya PLUS telah menjangkau lebih 1 juta kenderaan pada hari bekerja biasa dan terus meningkat.

Sebelum PKP dikuatkuasa, sebanyak 1.6 juta kenderaan sehari dilaporkan dan jumlah tersebut meningkat kepada 2 juta sehari pada musim-musim perayaan.

Walau bagaimanapun jumlah tersebut berkurangan apabila lebih 95% tidak melakukan perjalanan ketika sambutan Aidilfitri pada 1 Syawal lalu.

Sepanjang PKPP, kebanyakan gerai makanan di R&R akan mula beroperasi semula pada 15 Jun dan pelanggan berpeluang untuk menjamu selera di R&R sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, kemudahan bersolat di surau masih lagi tidak dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.