Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:48 PM UTC, Sep 26, 2017

Liga Juara-Juara Eropah - Real Madrid 3 Apoel Nicosia 0, Man. City 4 Feyenoord 0 Dan Tottenham 3 Borussia Dortmund 1

PARIS - Real Madrid kalahkan Apoel Nicosia 3-0 awal dengan Ronaldo menjaringkan dua gol dan gol satu lagi dari pemain Sergio Ramos yang melengkapkan kemenangan bergaya untuk Madrid pada minit ke-61.

Sementara pasukan Manchester City benamkan kelab Belanda, Feyenoord 4 - 0 dengan John Stones menjaringkan dua gol.

Stones mencatatkan gol terpantas dalam pertandingan dengan tandukan selepas dua minit ketika pemain Pep Guardiola membuat permulaan yang sempurna.

Sergio Aguero menggandakan gol selepas 10 minit dan Gabriel Jesus menjaringkan gol pertama di Liga Juara-Juara ketika City melangkah 3-0 selepas 25 minit.

Manakala pasukan Tottenham Hotspurs tewaskan Borussia Dortmund 3 - 1 dengan gol dari  Son Heung-min dan dua gol dari Harry Kane.

Berikut adalah keputusan perlawanan aksi Liga Juara-Juara Eropah yang lain.

Kumpulan E

Maribor 1 Spartak Moscow 1 

Liverpool 2  Sevilla 2 

Kumpulan F

 

Shakhtar Donetsk 2  Napoli  1

Kumpulan G

RB Leipzig 1 Monaco 1 

Porto 1 Besiktas 3 

 

(Sumber - AFP)