Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

MySejahtera: Mudahkan urusan pengguna, pihak berkuasa untuk hubungi

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 9 Jun - Mudah , tidak lagi perlu menulis malah membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan individu di sesebuah premis.

Dengan perluasan aplikasi MySejahtera; ia juga dapat membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka.

Berdasarkan tinjaun di sebuah pasar raya besar di Seremban 2 mendapati, semua pelanggan yang ingin memasuki premis diwajibkan mengimbas Kod QR MySejahtera.

Aplikasi MySejahtera diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara; Kementerian Kesihatan; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Lebih menarik, pengguna boleh mendaftarkan mana-mana individu yang tidak memiliki telefon pintar melalui fungsi "Urus Tanggungan"