Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Sukan SEA 2019 : Gagal capai sasaran, perlu kajian menyeluruh atasi kelemahan

  • Published in Sukan

CLARK - Malaysia menutup tirai temasya dwi tahunan Sukan SEA 2019 dengan 56 pingat emas, 57 perak dan 71 gangsa, gagal mencapai misi untuk meraih 70 pingat emas.

Bagi Chef de Mission, Datuk Megara Zulkarnain Omardin, kegagalan mencapai sasaran 70 emas itu merupakan satu keputusan yang harus diterima semua pihak, terutamanya persatuan sukan kebangsaan dan atlet itu sendiri.

Beliau turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kegagalan berkenaan.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Media antarabangsa di Clark, Chef De Mission, Datuk Megat Zulkarnain menegaskan kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran memerlukan satu proses bedah siasat terperinci di semua peringkat.

Beliau turut mengakui temasya kali ini adalah yang paling mencabar termasuk diadakan di tiga kluster berbeza.