Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

MSWP ganda usaha bangun pelbagai bidang sukan lahirkan ramai atlet

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan menggandakan usaha membangunkan pelbagai bidang sukan.

Ia antara usaha bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat besar sehingga mampu bersaing ke peringkat antarabangsa.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, untuk tujuan itu MSWP mempertingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik bagi membantu menjayakan program dan aktiviti yang dianjurkan.

Jelasnya, perlaksanaan pelbagai program sukan adalah sebagai usaha untuk memastikan pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan terus berkembang pesat.

Aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan juga dijangka dapat menerapkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Khalid berucap pada Majlis Apresiasi dan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan SWIP 2019 di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Fasa pertama Karnival SWIP telah berlangsung pada Julai lalu dan Fasa Kedua sedang berlangsung sehingga 14 Disember ini.

Antara fokus karnival ini adalah untuk mencari atlet baru yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia SUKMA di Johor pada tahun depan.